Pages

23 August 2015

KEMBARA HANOI, VIETNAM (PENGENALAN)

Alhamdulillah selesai sudah riki untuk Kembara Hanoi, Vietnam. pada 16 hingga 19 Ogos 2015 selama 4 hari 3 malam. Ini adalah pertama kali saya ke sana dan riki ini sangat bermanfaat untuk saya bagi merasai sendiri trip ke Hanoi, Vietnam. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Mr. Hung Vu (Bill) yang merupakan bos untuk ground handling di Hanoi, Vietnam. Beliau telah banyak kali menguruskan group dari Malaysia khususnya "Muslim Package" khas untuk orang Malaysia yang beragama Islam. Ground handling kami ditaja sepenuhnya oleh Mr. Hung Vu.

Mr. Hung Vu (Bill)

Saya akan kongsikan beberapa post khas untuk Kembara Hanoi, Vietnam yang telah saya alami.

Antara topik yang akan saya kongsikan adalah :-

1. ITINERARI
2. TEMPAT MENARIK 
3. PAKEJ MUSLIM
4. DO & DON'T DI HANOI, VIETNAM

Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat dan panduan untuk anda sekiranya anda ingin mengembara ke sana.

Sekian.

Mr. EZ
12.15 am
23 Ogos 2015 - Ahad

No comments:

Post a Comment